GURU
1. Hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
2. Waktu pulang : 2.30 petang (jika tiada mesyuarat/program sekolah/kelas tambahan).
4.30 petang - Ahad (PLC), Selasa dan Rabu (Kokurikulum).
(Tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)
3. Pakaian guru:
I. Uniform lengkap (Uniform kokurikulum yang memenuhi syarat) – Selasa
II. Batik Malaysia – Khamis
III. Kasut bertutup
IV. Tanda Nama dan Butang Kemaman Unggul
V. Guru lelaki berpakaian lengkap serta bertali leher
VI. Guru perempuan berpakaian lengkap dan sopan
(Etika berpakaian adalah seperti mana yang termaktub dalam surat pekeliling perkhidmatan bil. 2 tahun 1985 dan SPI bilangan 7 tahun 2001)
4. Keluar sekolah waktu kerja rasmi untuk urusan yang SANGAT PENTING sahaja dan tidak melebihi 2 jam dengan kebenaran daripada Tuan Pengetua atau Pengurusan sahaja. Sekiranya lebih daripada tempoh tersebut, perlulah mengambil cuti. Guru juga perlulah mengisi Buku Keluar/Masuk (Perintah Am 5 Bab G) yang ada di pejabat dan mengetik waktu keluar dan masuk pada kad perakam waktu.
5. Guru yang perlu mengambil cuti rehat khas (CRK), hendaklah memohon kelulusan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum bercuti daripada PK Pentadbiran dan Tuan Pengetua serta elakkan cuti bersambung.
6. Semua guru Muslim mesti bersama-sama pelajar di Surau Sekolah setiap hari.
7. Semua guru diwajibkan hadir ke Perhimpunan pada setiap hari Ahad dan Selasa dan berada bersama- sama pelajar di tempat berlangsungnya perhimpunan pada hari tersebut.
8. Keberadaan guru waktu PdPC, PdPR dan waktu relief menepati masa yang telah ditetapkan.
9. Kehadiran dalam semua aktiviti sekolah adalah wajib kecuali mendapat kebenaran daripada Tuan Pengetua.
10. Guru tidak dibenarkan berada di kantin pada jam 7.30 – 8.00 pagi.
11. Semua guru adalah GURU DISIPLIN.
”
Ketetapan Murid
MURID
1. Hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
2. Waktu mula belajar: 8.00 pagi
3. Waktu pulang:
2.15 petang - Ahad, Isnin dan Khamis (jika tiada program sekolah/kelas tambahan).
4.30 petang - Selasa dan Rabu (Kokurikulum).
(Tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)
4. Waktu rehat : 10.00 – 10.30 pagi
5. Sentiasa berpakaian lengkap:
i. Ahad : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap
ii. Isnin : Pakaian PJK Sekolah
iii. Selasa : Pakaian Uniform Kokurikulum Lengkap
iv. Rabu : Pakaian Sukan Sekolah Lengkap (baju rumah sukan)
v. Khamis : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap
6. Murid tidak dibenarkan berpakaian sukan pada hari peperiksaan.
”