logo admin2
  • SMK Seri Cheneh
  • SeRICH

  • Info
    • Maklumat
    • Amanat
    • Visi
    • Sejarah Sekolah
    • Logo
    • Ketetapan
    • Flip
    • Buku Pengurusun PSO 2024-2026 SKPM Kualiti@Sekolah
  • Pengurusan
  • Kurikulum
    • Pengenalan
    • GPS Keseluruhan
    • Metamorphosis SPM
    • SPM
    • Buku Teks
  • HEM
    • Pengenalan
    • Kehadiran
    • Metamorphosis HEM
  • Kokurikulum
    • Pengenalan
    • Pencapaian
    • Metamorphosis KO
  • Extras

  • Bundle
    • Gedung
    • Register
    • Forget Pass

You have 3 Notification

Server #1 overloaded.

Server #2 overloaded.

Server #3 overloaded.

You have 4 Mails

avatar Rajuta Just now

Hello, this is an example msg

avatar Zahidin 5 minutes ago

hai.....

avatar Ustaz D 10 minutes ago

Hello, this is an example msg

avatar Cikgu D 15 minutes ago

Hello, this is an example msg

User Avatar
My Profile Notifications 13 Settings Logout

Dashboard

AMANAT PENGETUA

    Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya. Alhamdulillah, bersyukur kehadratNya, Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah telah dapat merancang dan menyusun Manual Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/2024 dengan jayanya. Manual Pengurusan ini adalah satu dokumen yang sangat penting kepada sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang . Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Kerjasama dan komitmen daripada warga sekolah, komuniti dan rakan strategik dapat merealisasikan impian SeRICH. Cabaran bagi sesi akademik 2023/2024 amatlah besar dan lebih mencabar. Justeru itu, ianya bukan sahaja menuntut komitmen yang tinggi dalam kita melaksanakan tanggungjawab tetapi ia turut menuntut kita melaksanakan perubahan yang berlaku secara mendadak dan perubahan ini berlaku hampir saban hari. Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani segala cabaran mendatang. Dalam hal ini, warga SeRICH perlu bekerja sebagai satu pasukan bermula dari peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimun mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini akan dapat membentuk warga SeRICH yang berketerampilan , profesional , berkualiti dan beretika. Marilah kita tuluskan niat dan tekad kita untuk mencatat sejarah kegemilangan kita sendiri. Sikap jujur, amanah, bersungguh-sungguh, komited dengan tugas serta pupukan semangat bekerja sebagai satu pasukan dan bergerak kerana Allah adalah ciri-ciri budaya kerja yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Rasa kesepunyaan dan kebertanggungjawapan dalam pelaksanaan setiap program harus tersemat di hati setiap warga sekolah. Yakinlah kajayaan dalam membentuk kemenjadian murid bakal terserlah dengan semangat yang tak pernah kenal lelah. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Manual Pengurusan Sekolah ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,
l>